Wednesday, 23 November 2011

Satelit Malaysia


Dari Januari hingga September 2009, sekurang-kurang ya 84 buah satelit telah dilancarkan ke ruang angkasa melibatkan 42 pelancaran. Daripada jumlah ini, 3 pelancaran telah gagal Dan 5 satelit gagal berfungsi. Satelit yang dilancarkan melibatkan pelbagai negara termasuklah Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, China, India, Switzerland, Korea Selatan, Kesatuan Eropah, Jerman, Prancis, Belanda, Itali, Kanada, Iran, Indonesia dan Malaysia. Malaysia telah melancarkan satelitnya send irk I situ TiungSAT (satelit komunikasi) pada 26 September 2000. Satelit mikro pertama negara berlepas ke ruang angkasa dari Baikanor,Kazakhstan. Satelit komunikasi MEASAT-1 dilancarkan pada Januari 1996 dan MEASAT-2 dilancarkan pada November 1996. MEASAT-3 pula berjaya dilancarkan pada 12 Disember 2006. Terbaharu, Malaysia melancarkan RazakSAT-1 iaitu satelit pantau bumi pada 14 Julai 2009. Satelit ini berupaya membekalkan imej data yang lebih spesifik dan kerap kepada pengguna di Malaysia serta negara di lingkungan khatulistiwa. Malaysia juga melancarkan MEASAT-3A untuk menambahkan jaringan komunikasi penduduk.

2 comments:

Anonymous said...

salam. . wahh da blog sdah..huhuu

Anonymous said...

Salam...Tahniah! Perbayakkan informasi untuk tatapan sebagai penjana minda rakan-rakan. Ibadah tu fren!!!