Friday, 2 December 2011

Warna-Warna Seni

Unsur-unsur Seni Reka


Pengenalan Warna

1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna-warni yang
boleh dinikmati oleh manusia;
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang
tepat dan sesuai mengikut situasi tertentu.
3. Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut
hubungan warna antara satu sama lain.
4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak
yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna
sekunder dan tertier.
5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna

roda warna

Jenis-Jenis Warna
Asas

warna asas - merah, biru dan kuning

1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah
warna
2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain
tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga
3. Warna mempunyai kuasa yang hebat
4. Warna digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera,
logo, lencana dan sebagainya

Warna Sekunder

warna sekunder - jingga, ungu dan hijau

1. Warna sekunder juga dipanggil warna kedua
2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
a. Jingga = merah + kuning
b. ungu = merah + biru
c. hijau = kuning + biru

Warna tertier

warna-warna tertier

1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di
sebelahnya dalam roda warna
warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
a. biru ungu = biru + ungu
b. biru hijau = biru + hijau
c. kuning jingga = kuning + jingga
d. kuning hijau = kuning + hijau
e. merah jingga = merah + jingga
f. merah ungu = merah + ungu

No comments: